suria

Letak kamera untuk pantau haiwan dalam hutan, pemilik terkejut makhluk mata bersinar muncul waktu malam

Foto misteri itu tular selepas ia dikongsi menerusi Facebook. -Gambar ghostsoflondon/ Facebook

SEKEPING foto memaparkan makhluk misteri yang dikaitkan sebagai hantu tular dalam kalangan pengguna Facebook di London.

Individu yang berkongsi foto itu berkata, dia pada awalnya meletakkan sebuah kamera di dalam kawasan hutan untuk memantau haiwan liar.

Namun, semakan pada kamera tersebut mendapati ia berjaya merakam imej makhluk misteri pada waktu malam.

Menerusi foto yang dikongsi, jelas kelihatan figura tubuh seperti manusia yang sedang berdiri berdekatan pokok.

Apa yang mengejutkan, mata makhluk misteri itu menyala dengan terang dan jelas dapat dilihat menerusi foto yang dirakam.

Pemilik gambar bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi hutan itu. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain