suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percaya ‘petanda’ mimpi isteri, lelaki tetak jiran dengan parang kerana dakwa amalkan ilmu hitam

Mangsa cedera pada kepala kerana ditetak menggunakan parang. -Gambar Tribun Jatim

SEORANG lelaki dari wilayah Situbondo, Jawa Timur bertindak menetak jirannya kerana mengesyaki isterinya menjadi mangsa ilmu hitam individu tersebut.

Menurut polis, lelaki berkenaan menyerang mangsa yang dikenali sebagai Matrawi, 68, menggunakan parang sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala.

Tindakan itu dilakukan selepas isterinya yang jatuh sakit mengadu bahawa kelibat mangsa sering muncul di dalam mimpinya.

Pengakuan tersebut membuatkan lelaki itu mengesyaki penyakit yang dihidapi isterinya selama ini berpunca daripada amalan ilmu hitam mangsa.

"Terdapat tiga kesan tetakan di kepalanya dan kini keadaan mangsa mula pulih dan dibenarkan pulang," kata polis.

Sementara itu, lelaki berkenaan sudah diberkas polis dan dia bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun kerana mendatangkan kecederaan kepada orang lain. -Serambinews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain