suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Curiga bau busuk, penjaga kubur terkejut temui mayat wanita tanpa seurat benang dalam makam

Penduduk kampung mengerumuni makam yang menjadi lokasi penemuan mayat seorang wanita. -Gambar Acehtribunnews

PENDUDUK di Desa Jagapura Kidul, Jawa Barat, Indonesia, gempar apabila mayat seorang wanita tanpa seurat benang ditemukan dalam sebuah makam yang terletak di kawasan perkuburan kampung berkenaan.

Mayat tersebut ditemui oleh penjaga tanah perkuburan yang dikenali sebagai Sapuan.

Lelaki tersebut curiga apabila terhidu bau busuk yang datang dari arah makam berkenaan.

"Saya mahu masuk tapi pintu (makam) berkunci... jadi saya pulang dahulu, kemudian ke sini semula dengan parang untuk membuka tingkap," katanya.

Lelaki itu terkejut apabila melihat sekujur mayat wanita, dianggarkan dalam lingkungan usia 15 hingga 20 tahun, terlentang di dalam makam tersebut tanpa berpakaian.

Dia kemudian memaklumkan penemuan berkenaan kepada ketua kampung.

Tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mayat yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih dari tiga hari itu.

Malah tiada laporan yang diterima daripada penduduk kampung mengenai kehilangan anggota keluarga masing-masing.

Sehubungan itu, mayat wanita tersebut dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat dan tindakan seterusnya. -Acehtribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain