suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Biarkan rambut mengurai sampai ganggu penumpang di kerusi belakang, wanita ini akhirnya terima pengajaran!

Wanita itu tidak menyedari rambutnya dilekatkan dengan gula-gula getah. -Gambar NoContextHumans/TikTok

BERADA dalam pesawat yang sempit dalam tempoh lama bukanlah satu perkara yang menyenangkan.

Lebih teruk, kadang-kala kita juga berdepan dengan ragam para penumpang lain yang menjengkelkan sehingga mengganggu ketenteraman perjalanan.

Terbaharu, seorang penumpang kapal terbang tular kerana melekatkan gula-gula getah pada rambut seorang wanita yang duduk di hadapannya.

Difahamkan, penumpang itu berang dengan sikap wanita berkenaan yang membiarkan rambutnya mengurai sehingga ke kawasan belakang kerusi.

Lebih menjijikkan, gula-gula getah itu baru sahaja dikeluarkan daripada mulut penumpang berkenaan.

Malah, mangsa juga tidak menyedari tindakan orang belakang yang meletakkan gula-gula getah pada rambutnya.

Video kejadian itu meraih perhatian ramai selepas ia dikongsi di platform X. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain