suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lapangan terbang kecoh! Lelaki mabuk buang pakaian, ganggu penumpang

Suspek ditahan polis akibat berkelakuan tidak senonoh.

GARA-GARA seorang lelaki mabuk, Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood menjadi kecoh selepas suspek turut menanggalkan pakaian sepenuhnya dan berguling-guling di atas lantai.

Dia difahamkan telah meletakkan keretanya di luar Terminal Satu kira-kira pukul 2 petang dan masuk dalam keadaan bogel.

Dalam rakaman yang disiarkan di X, dia dilihat berjalan di sekitar lapangan terbang dan cuba melalui pintu kakitangan, sebelum seorang pekerja menyuruhnya berhenti.

Insiden yang berlaku pada Isnin, membuatkan suspek dibawa ke balai polis atas pelbagai tuduhan, termasuk berkelakuan tidak senonoh, menentang penangkapan dan keganasan.

Dia turut dihantar ke Pusat Perubatan Kesihatan Broward untuk diperiksa sebelum menuju ke Penjara Utama Broward.

Pemeriksaan kesihatan mental telah diminta oleh Hakim Chris Brown yang juga memberi amaran kepadanya untuk mengelak kedua-dua minuman keras dan lapangan terbang. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain