suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas tentera Amerika hampir temui ajal, RPG meletup di sebelah kepala ketika buat konten

Kejadian ngeri melibatkan seorang bekas tentera Amerika Syarikat.

CUBAAN menguji senjata api membawa padah apabila seorang bekas tentera Amerika Syarikat (AS) nyaris pecah tempurung kepalanya dalam satu kejadian ngeri.

Menerusi video yang tular di media sosial, mangsa dikenali sebagai Adam Knowles dilihat sedang mengendalikan pelancar roket grenad (RPG) apabila senjata itu secara tiba-tiba meletup.

Hasil pemeriksaan lanjut di unit kecemasan hospital, didapati tulang pipi Knowles hancur manakala tengkoraknya retak dan badannya melecur.

Dalam video tersebut, Knowles diperhatikan tidak sedarkan diri sejurus selepas kejadian.

Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital oleh rakan-rakannya yang terlebih dahulu sudah menghubungi talian kecemasan 911.

Knowles menerima cantuman kulit untuk lengannya yang melecur teruk dan turut melalui pembedahan bagi mengeluarkan serpihan letupan daripada tubuhnya.

Dia juga mengalami rahang terkehel, kecederaan otak traumatik dan pendarahan otak.

Menurutnya, video yang dirakam bersama RPG itu adalah sebuah konten untuk membuktikan bahaya RPG sekiranya berada terlalu dekat dengannya ketika senjata api itu dilancarkan. - Mail Online

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain