suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 16 tahun maut, alami darah beku pada otak selepas makan pil redakan senggugut

Layla Khan meninggal dunia selepas doktor mengesahkan terdapat darah beku pada otaknya. -Gambar X

SEORANG gadis berusia 16 tahun dari United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat darah beku pada otaknya, selepas tiga minggu mengambil pil perancang (kontraseptif) oral untuk meredakan senggugut.

Gadis bernama Layla Khan mula mengambil pil tersebut pada 25 November lalu selepas dinasihatkan oleh rakan-rakannya ekoran sakit terlampau akibat senggugut.

Pada 5 Disember, dia mula mengalami sakit kepala dan disertai dengan muntah.

Keluarganya menghubungi talian bantuan kesihatan NHS tetapi diberitahu tiada perkara yang luar biasa, dan mereka hanya perlu membawanya untuk pemeriksaan keesokan harinya.

Ibu saudara Layla, Jenna Braithwaite, berkata doktor memberinya ubat kerana disyaki kembung perut.

Keluarga gadis itu dinasihatkan untuk membawanya ke hospital jika muntah berterusan.

Bagaimanapun Layla terus mengerang kesakitan sebelum sempat dibawa ke hospital dan rebah di bilik air.

Layla disahkan mengalami darah beku di otak dan terpaksa dipindahkan ke hospital di Hull untuk menjalani pembedahan.

Namun Layla disahkan mati otak dan meninggal dunia. -Indiatoday

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain