suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keajaiban! Kucing terselamat selepas senjata harpun tembus kepala

Senjata harpun menembusi kepala kucing yang menyebabkan kecederaan parah.

MUNGKIN ada kebenaran di sebalik mitos mengatakan kucing mempunyai sembilan nyawa.

Dalam satu kejadian ngeri, seekor kucing terselamat walaupun cedera ditembak di kepala dengan senjata harpun di wilayah Nakhon Phanom, Thailand pada awal bulan lalu.

Kucing yang berusia dua tahun bernama Funo itu ditemukan oleh pemiliknya pada pertengaha November lalu dengan harpun menembusi kepala tetapi tidak terkena otak dan saraf tunjang si bulus itu.

Pemilik Funo, Fon Thongchai dalam keadaan panik meminta bantuan pihak berkuasa di sebuah balai polis, namun dia diarahkan untuk pergi menemui veterinar.

Imbasan X-ray menunjukkan harpun itu telah hampir menembusi otak Funo.

Pembedahan kemudian dilakukan untuk mengeluarkan senjata tersebut.

“Saya sangat lega kerana kucing peliharaan saya Funo selamat. Ia sebahagian daripada keluarga kami.

“Saya tidak tahu siapa yang tergamak menembak kucing. Saya faham tidak semua orang suka kucing, tetapi tidak perlu menyakiti haiwan itu seperti ini,” kata Fon. - Metro.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain