suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

32 pengunjung tahan gayat tergantung terbalik, roller coaster tergendala mengejut

Sebuah roller coaster di taman hiburan rosak kerana masalah teknikal.

SATU insiden yang mengerikan!

Seramai 32 penumpang roller coaster di Universal Studios Jepun dilaporkan terkandas secara terbalik selepas permainan itu gagal berfungsi.

Operasi roller coaster Flying Dinosaur itu terhenti di landasan sekitar pukul 11 pagi waktu tempatan pada Khamis.

Ia menyebabkan sebuah gerabak roller coaster tersebut terkandas di salah satu titik tertingginya, kira-kira 40 meter dari tanah.

Pengendali taman permainan itu memaklumkan bahawa kesemua penumpang dibawa turun menggunakan laluan pemindahan oleh kakitangannya.

Tiada kecederaan dilaporkan ketika kejadian.

“Roller coaster berhenti secara automatik jika penderia yang dipasang mengesan gangguan,” kata pengendali taman permainan itu.

Pengendali itu menambah, punca sebenar kejadian masih belum diketahui. - asiaone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain