suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perompak bersenjata api datang serang kejiranan, wanita pertahankan diri guna penyapu

Tindakan berani seorang wanita berhadapan dengan penyerang bersenjata api.

SEORANG wanita besi!

Demikianlah kisahnya untuk wanita di negeri Haryana, India ini apabila dia berjaya mematahkan serangan empat lelaki bersenjata api dengan hanya menggunakan sebatang penyapu.

Identiti wanita gagah perkasa tersebut tidak didedahkan, namun seorang mangsa dikenali sebagai Harikishan dilaporkan cedera dalam kejadian tersebut akibat ditembak kumpulan penyerang berkenaan.

Kejadian itu berlaku pada 27 November lalu.

Dalam klip video yang tular, empat lelaki dilihat tiba di hadapan sebuah rumah sambil menunggang motosikal.

Mereka melepaskan tembakan ke arah Harikishan yang ketika itu sedang berdiri di hadapan rumahnya, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

Namun, seorang wanita kemudian tiba secara tiba-tiba muncul sambil memegang sebatang penyapu lalu cuba memukul kumpulan penyerang berkenaan.

Empat lelaki itu dengan pantas melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Harikishan dikatakan pernah terlibat dalam kes pembunuhan seorang ahli kumpulan samseng. - NDTV.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain