suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Setia hingga hujung nyawa! Tiga kembar tertua di dunia sambut ulang tahun ke-93

Tiga kembar lelaki ini merupakan yang tertua di dunia.

BUKAN satu atau dua, tetapi kembar tiga!

Lebih menarik, tiga kembar lelaki itu merupakan yang paling tua di dunia dan mereka menyambut hari lahir mereka yang ke-93 tahun pada Jumaat lalu.

Larry Alden Brown, Lon Bernard Brown dan Gene Carol Brown dilahirkan pada 1 Disember 1930.

Acara itu ditandai dengan sedikit kesedihan kerana ketiga-tiga mereka tidak dapat meraikan hari lahir bersama-sama dengan salah seorang daripada mereka tidak dapat berjalan jauh.

Kaki terakhir tiga kembar itu berkumpul adalah semasa sambutan hari lahir ke-92 tahun di mana mereka menghabiskan masa bersama keluarga.

“Kami semua dapat berkumpul bersama tahun lepas semasa hari lahir ke-92 tahun dan sangat menikmati masa kami bersama,” kata Larry.

Menurut Larry, Gene yang tinggal di Oklahoma sihat dan tidak dapat meninggalkan rumahnya, jadi tiga kembar itu meraikan hari lahir secara berasingan, demikian menurut Guinness World Records. - Mirror.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain