suria

Lori bawa cecair coklat dan karamel bertembung, lebuh raya jadi 'bufet manisan'

Berlaku kemalangan melibatkan lori membawa coklat dan karamel.

SEPERTI di alam mimpi!

Sebuah lebuh raya dii negeri Ohio, Amerika Syarikat terpaksa ditutup kerana berlaku kemalangan melibatkan lori membawa coklat sehingga menyebabkan ketumpahan manisan di atas jalan.

Lebuh raya Interstate 90 West ditutup selepas kemalangan yang membabitkan dua lori itu menyebabkan jalan tersebut dipenuhi karamel dan coklat.

Jabatan Pengangkutan Ohio melaporkan bahawa dua trak itu bertembung sekitar pukul 6 pagi (waktu tempatan) Khamis lalu.

Bekalan coklat dan karamel di dalam salah sebuah lori dilaporkan tertumpah ke atas jalan sehingga memaksa penutupan itu.

Sementara itu, kedua-dua pemandu selamat dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu, namun anggota bomba dikerah untuk membersihkan lebuh raya. - Ary News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain