suria

Digelar 'alien' sejak kecil, lima beradik pasrah hidap penyakit misteri - “Kami hanya terima apa orang kata”

beradik ini menghidap penyakit misteri yang membuatkan mereka berwajah unik.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Lima adik-beradik di Republik Dominica ini diuji hebat apabila mereka menjadi mangsa ejekan dan sering digelar 'makhluk asing' kerana struktur wajah yang unik.

Adik-beradik yang bernama Isaias, Graciosa, Preciosa, Antonio dan Miguelina Bautista itu dilihat mempunyai jarak antara mata yang luas, tulang pipi besar, bonggolan pada hidung serta gigi yang jarang.

Menurut Isaias, sejak kecil mereka sering diejek dengan kata-kata jelik dan diberikan pelbagai gelaran yang menghina.

“Sehinggakan suatu masa, kami mula percaya bahawa kami makhluk asing. Namun, kami kemudian menemui individu-individu baik hati yang memberitahu bahawa kami manusia biasa,” katanya.

Mereka turut berdepan kesukaran untuk mengenal pasti penyakit yang menimpa mereka.

Doktor pakar sudah membuat pelbagai ujian termasuk cuba mengenal pastinya sebagai penyakit Leontiasis, namun mereka gagal memberikan jawapan yang kukuh.

Leontiasis yang biasanya dipanggil sindrom muka singa, adalah pertumbuhan berlebihan tulang tengkorak dan muka yang mengakibatkan penampilan seperti singa.

Sementara itu, pakar neurologi, Dr. Franly Vazquez menyifatkan keadaan itu sebagai penyakit yang sangat jarang ditemui, di mana kurang daripada 40 kes dilaporkan di seluruh dunia.

“Pesakit yang terjejas mempunyai pengumpulan kalsium dalam tulang yang membentuk muka dan tengkorak,” ujarnya. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Dua maut akibat letupan di kilang