suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Israel teruskan serangan selepas gencatan senjata sementara tamat, lebih 100 rakyat Palestin terkorban

Salah satu bangunan kediaman yang menjadi sasaran Israel. -Gambar WAFA

SEKURANG-KURANGNYA 100 rakyat Palestin terbunuh dalam pengeboman Israel yang menyasarkan beberapa rumah di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza pada Sabtu, menurut TV Palestin yang dikendalikan kerajaan.

Masih terdapat sebilangan besar mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan dan tidak dapat diselamatkan, katanya.

Israel meneruskan serangannya ke atas Semenanjung Gaza pada pagi Jumaat selepas gencatan senjata sementara tujuh hari dengan Hamas, tamat.

Dilaporkan angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada 193 di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam sejak Israel meneruskan serangannya di seluruh wilayah Palestin pada Jumaat, kata Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas berkata dalam satu kenyataan bahawa serangan udara dan artileri Israel memusnahkan beberapa rumah dan tiga masjid di kawasan Al-Qarara, timur laut bandar Khan Younis di selatan Semenanjung Gaza. -Xinhua

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain