suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taktik terbongkar! Siang mengemis, malam menginap di hotel mewah... Rupanya dah seminggu check-in

Antara pengemis yang ditahan oleh pemerintah daerah di Ponorogo. -Gambar Serambinews

SIANG mengemis, malam menginap di hotel mewah!

Demikian taktik yang digunakan oleh seorang pengemis yang berjaya ditahan dalam serbuan oleh Pemerintah Daerah (Satpol) di Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.

Difahamkan, hotel yang diinap oleh pengemis yang berasal dari Jombang itu bukanlah hotel bajet.

Menurut Ketua Satpol Ponorogo, Subiantoro, apa yang lebih mengejutkan, pengemis berkenaan sudah menginap di hotel tersebut selama seminggu!

Subiantoro berkata, pihaknya telah mempergiatkan serbuan terhadap pengemis sejak beberapa hari lalu.

"Dalam beberapa hari kebelakangan ini kami telah menyerbu pengemis. Satu perkara yang unik dan mengejutkan ialah terdapat seorang pengemis menginap di hotel itu," kata Subiantoro.

Subiantoro mendedahkan pengemis dari Jombang itu diketahui telah menetap di hotel itu selama seminggu selepas pegawai melakukan pemeriksaan.

Malah apabila diperiksa, pegawai menemui kunci bilik salah sebuah hotel di tengah kota Ponorogo.

Ujarnya, beliau tidak mengetahui secara terperinci jumlah yang diperoleh pengemis itu dalam sehari.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan pendapatan pengemis itu melebihi IDR 100,000 (RM30) sehari. -Tribunnews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain