suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara dicurangi suami, wanita cemburu bakar rumah... Anak tiri jadi mangsa, maut akibat melecur 80 peratus

Orang ramai cuba memadamkan kebakaran.

MEREKA yang pernah dicurangi pasti akan berasa sakit hati dan 'trauma'.

Mengalami situasi sama, seorang wanita bertindak membakar bilik tidurnya yang didiami suami serta anak tirinya di Batam Indonesia.

Susulan tindakan tersebut, anak tirinya yang masih belajar di sekolah rendah meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut pegawai polis Lubuk Baja, Yudi Arvian, perbuatan suspek terbongkar selepas pihaknya mendapatkan keterangan daripada saksi.

"Suspek dipercayai baru 10 bulan menikah dengan bapa mangsa.

"Malah dia melarikan diri selepas kejadian tersebut.

"Kebakaran yang berlaku menyebabkan mangsa mengalami 80 peratus melecur di badan," katanya.

Pun begitu, suspek berjaya diberkas dan motif kejadian kerana cemburu. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain