suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri! Lelaki hilang pulang selepas azan dilaungkan, keadaan diri bercelaru - “Man, balik man!”

Penduduk melaungkan azan sebagai ikhtiar untuk mencari pemuda yang hilang.

SITUASI cemas apabila seorang pemuda didakwa lesap di ladang kelapa sawit.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Jambi, Indonesia itu, penduduk tempatan bekerjasama untuk membantu mencari lelaki berkenaan.

Namun, ketika usaha pencarian menemui kegagalan dan harapan semakin menipis, seorang penduduk bertindak melaungkan azan di lokasi pemuda itu kali terakhir dilihat.

Selepas azan berkumandang, lelaki itu yang dikenali sebagai Usman akhirnya pulang ke rumah pada pukul 1 pagi dalam keadaan bingung.

Menerusi video TikTok yang tular, sekumpulan penduduk dilihat giat mencari pemuda terbabit dalam kegelapan malam.

“Man, balik man,” jerit seorang penduduk untuk cuba menarik perhatian Usman.

Selain membawa obor api, mereka juga membawa peralatan dapur yang dibunyikan untuk berbuat bising sambil mencari Usman.

Penduduk tempatan termasuk warga maya menzahirkan rasa syukur yang tak terhingga apabila Usman berjaya ditemukan semula. - Tribun Medan.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain