suria

Awas 'speed trap' beresolusi tinggi buatan Jerman! Rakam kesalahan lalu lintas dua hala termasuk tak pakai tali pinggang keselamatan

Kamera pengawasan baharu yang dikeluarkan Jerman.

KELAJUAN membunuh!

Bagi mengatasi kemalangan yang berlaku akibat kelajuan, kamera pengawasan 'ultra' diperkenalkan.

Alat peranti baharu yang bakal muncul di seluruh negara ini, mempunyai beberapa spesifikasi terbaik termasuk mencerap pemanduan melebihi had yang dibenarkan dan pelanggaran lampu isyarat merah.

Diperbuat di Jerman, kamera pengawasan ini mempunyai fungsi dua hala serta menggunakan sistem grid maya pintar dan radar.

Pada masa sama, kamera ini juga dapat merakam pemandu yang tidak memakai tali pinggang keselamatan atau mengendalikan telefon bimbit di stereng.

Menurut jurucakap pembuat Jenoptik, peranti tersebut bukan sahaja menjimatkan kos pemasangan malah penyelenggaraan juga lebih murah.

Malah katanya, ia memberi ukuran tepat yang beresolusi tinggi, walaupun cerapan dilakukan dalam gelap disebabkan cuaca.

“Sistem ini secara serentak boleh mengukur kelajuan di kedua-dua arah dan di beberapa lorong serta membezakan antara kereta dan trak.

"Had laju yang berbeza kemudiannya boleh dipraset untuk kelas dan lorong kenderaan yang berbeza. Flash juga tiada sekiranya terdapat pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya,” katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain