suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Warga emas maut diserang monyet liar ketika masuk tandas

Warga emas maut selepas diserang monyet liar.

MALANG tak berbau.

Seorang lelaki warga emas maut selepas diserang monyet liar ketika dia menggunakan tandas di rumahnya.

Mangsa yang berasal dari Arakere, daerah Davangere di Karnataka, India, ditemukan terbaring di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan gigitan pada tangannya.

Lelaki berusia 66 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada Isnin akibat pendarahan teruk.

Pihak berkuasa berkata monyet berkenaan telah mengganas di kawasan itu beberapa hari sebelum ia menyerang Gutyappa bersama seorang lagi lelaki.

Pemburuan besar-besaran telah dilancarkan di seluruh kawasan sehingga monyet berkenaan ditangkap dan dihantar ke Jabatan Hutan India untuk diperiksa doktor haiwan.

Terdahulu, India telah memerangi serangan monyet selama beberapa dekad dan awal tahun ini.

Antara mangsanya ialah lapan kanak-kanak.

Difahamkan, haiwan itu sering berada di atas bumbung rumah mahupun tingkap sebelum menyerang mana-mana individu yang melalui kawasan sekitar. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain