suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sayu! Kanak-kanak di Gaza kelaparan, menangis minta susu

Situasi semasa di Gaza membuatkan penduduknya berhadapan krisis makanan dan perubatan. -Gambar AFP

KONFLIK berterusan antara Hamas dan Israel menyebabkan bekalan makanan dan perubatan di Gaza semakin berkurangan.

Malah disebabkan itu, penduduk setempat terpaksa menahan kelaparan untuk jangka masa yang panjang.

Terkini, Pengarah Hospital al-Shifa Dr Muhammad Abu Salmiya memaklumkan kanak-kanak antara yang paling terkesan akibat kekurangan makanan.

"Mereka menangis meminta susu selepas makanan dan air habis.

"Pada masa sama lebih 7,000 pesakit sedang menantikan 'kematian' di hospital," katanya.

Selain ancaman kelaparan, penduduk Palestin juga berhadapan dengan krisis penyakit berjangkit disebabkan kekurangan bahan bakar.

Bantuan juga ditangguhkan berikutan tentera rejim zionis terus melakukan serangan. - Tribun News

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain