suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sampai berpeluh-peluh belah kelapa, peniaga genit ini curi perhatian... Ramai mula terliur air nyior muda

Gadis itu berniaga air kelapa di sebuah pasar malam di Thailand.

SEORANG peniaga air kelapa dari Thailand meraih perhatian ramai selepas video tentang gerainya dikongsi menerusi YouTube dan TikTok.

Menerusi perkongsian Tasty Diary, gadis itu berniaga air kelapa di pasar malam Jomtien yang terletak di Pattaya, Thailand.

Dalam video itu, dia kelihatan mengenakan seluar denim pendek yang digayakan bersama baju crop top sehingga mendedahkan sebahagian dada serta bahunya.

Di sebalik gaya comelnya, gadis itu kelihatan tidak kekok ketika dia memotong buah kelapa menggunakan pisau.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga makanan tiba-tiba viral, kedai jadi tumpuan pelanggan... Ada yang sanggup datang berulang kali

Air kelapa itu kemudiannya dikisar bersama susu dan ais sebelum dihidangkan di dalam gelas untuk pelanggan.

Apa yang mencuri tumpuan, peniaga itu kelihatan tekun bekerja dan tidak menghiraukan bahagian wajah serta lehernya yang mula berpeluh.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji kerja keras serta wajah comel peniaga yang memakai pendakap gigi itu.

"Seorang lagi gadis cantik. Saya perlu berpindah ke Thailand.

"Minuman itu nampak menyelerakan dalam cuaca panas.

"Wow dia sangat berbakat," tulis beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain