suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar lelaki santai berjalan di tengah lautan, warga tempatan tampil beri penjelasan

Insiden aneh lelaki berjalan atas air yang berjaya dirakam.

ILUSI optik boleh memberikan bayangan yang kelihatan seakan-akan magis.

Tular sebuah video di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang lelaki berjalan kaki di tengah lautan Aceh baru-baru ini

Ia dirakam oleh pemancing yang sedang duduk di atas sebuah bot.

Dalam video itu, seorang lelaki kelihatan seperti sedang berjalan secara santai menyeberangi laut, namun sebenarnya, paras air di situ dikatakan hanya berada pada paras lutut.

Sebuah bot kemudian berhenti di tengah laut berhampiran lelaki itu sebelum dia menghampiri dan menaiki bot tersebut.

Penjelasan oleh warga tempatan menyatakan bahawa terdapat beting pasir yang menyebabkan lelaki tersebut boleh berjalan di tengah laut. - Prohaba.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain