suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Percutian bertukar tragedi, 14 terkorban dalam nahas pesawat terhempas

Nahas pesawat terhempas mengorbankan kesemua penumpang dan anak kapal.

SEBUAH pesawat terhempas mengorbankan kesemua 14 orang.

Difahamkan, pesawat itu membawa sekumpulan pelancong dari Amerika Syarikat (AS) ke wilayah Barcelos di Amazonas di Brazil.

Kejadian berlaku pada petang Sabtu (waktu tempatan).

Jurucakap dewan bandaraya Barcelos berkata, 12 penumpang dan juruterbang serta pembantu juruterbang maut dalam nahas itu.

Sementara itu gabenor Amazonas, Wilson Lima berkata, pesawat tersebut berlepas dari Manaus menuju ke Marcelos, kira-kira 400 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Lokasi nahas merupakan kawasan tumpuan percutian yang popular, terutama dengan aktiviti memancing. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain