suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkejut pisangnya berbuah dari batang pokok... Masih elok, pemilik anggap faktor semula jadi

Keunikan pokok pisang ini berbuah dari bahagian batang. -Gambar MPI/ Diwan Mohammad Zahri

KEBIASAANNYA pisang berbuah di antara hujung batang pohon dan daunnya.

Namun bagi sebatang pokok pisang, ia mempunyai keunikan tersendiri apabila berbuah dari bahagian batang pohon.

Kejadian berlaku di sebuah kebun di Kampung Torjunan di Robatal, Sampang di Madura, Indonesia.

Bukan sahaja unik, malah buahnya kelihatan segar dan ranum, sekali gus mengejutkan pemiliknya.

Sahidi, 29, yang merupakan pemilik pokok pisang itu berkata, buahnya masih elok, tiada yang reput atau tidak mempunyai kerosakan lain.

“Saya hairan kenapa boleh tumbuh di batang, mungkin faktor semula jadi,” kata Sahidi kepada MNC Media, pada Sabtu.

Keunikan itu disedari oleh jiran Sahidi yang secara tidak sengaja melihatnya, sebelum memberitahunya.

Sahidi mengaku tidak pernah menemui pokok pisang sebegitu unik dan pertama kali dia melihatnya. - Okezone

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain