suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi kembar masih bertali pusat dibuang dalam sungai, pemancing jumpa dah tak bernyawa... Polis tahan 2 suspek

Sungai menjadi tempat pembuangan sampah dan pelbagai barangan lain oleh individu tidak bertanggungjawab. -Gambar hiasan

POLIS Indonesia menahan dua individu yang disyaki terlibat dalam kes pembuangan bayi kembar di Sungai Bentung, Yogyakarta pada Khamis lalu.

Mayat dua bayi perempuan yang masih lengkap dengan tali pusat ditemukan oleh seorang pemancing yang sedang menangkap ikan di kawasan sungai berkenaan.

Selepas laporan dibuat, polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan berkenaan yang membawa kepada penahanan dua suspek.

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 'disampahkan'! Ibu buang anak selepas bersalin dalam lif, siap lap kesan darah

Menurut polis, dua suspek kini berada dalam tahanan untuk tindakan selanjutnya.

Polis juga enggan mengulas lanjut mengenai foto wajah dua pelaku yang kini tersebar di media sosial.

Untuk rekod, mayat bayi kembar itu dikebumikan dalam satu liang lahad di sebuah tanah perkuburan di Seyegan pada Jumaat. - Kompas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain