suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janji jalan hitam! Penduduk berang 'teknologi' Jerman senipis permaidani, siap boleh angkat

Penduduk mengangkat lapisan asfalt yang baru dibina.

KONONNYA menggunakan teknologi Jerman, namun hasil turapan tar pada jalan yang baru dibina mendukacitakan penduduk setempat.

Mana tidaknya, ia umpama sekeping permaidani yang dibentang bagi menutup tanah merah berikutan lapisan asfalt yang dicurahkan tersangat nipis.

Demikian situasi yang dialami penduduk di Maharashtra,India.

Menurut Lokmat Times, penduduk Karjat-Hast Pokhari, sebuah kampung di daerah Jalna Maharashtra, telah lama merayu kepada wakil rakyat untuk membina semula jalan mereka yang daif.

Pada awalnya mereka gembira melihat jalan tersebut namun selepas mengamatinya, ia hanyalah lapisan yang nipis serta mudah diangkat dari dasar tanah.

"Itu jalan palsu. Ia dibina sebagai sebahagian daripada Skim Jalan Luar Bandar Perdana Menteri dan syarikat yang mengusahakan projek ini mendakwa telah menggunakan teknologi Jerman terkini untuk membinanya," ujar mereka.

Susulan daripada itu, kesemua penduduk terlibat menuntut tindakan terhadap kontraktor, jurutera jalan raya dan jabatan berkenaan kerana cuba memperdayakan mereka. - Oddity Central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain