suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berbogel sambil menjamu selera di restoran, pasangan ini sedih baca komen kecaman netizen

Pasangan itu sedih selepas menerima kecaman dalam talian.

DUA individu yang berbogel di dalam sebuah restoran mengakui sedih membaca komen kecaman yang diterima menerusi media sosial.

Neil Cox, 34, dan Danielle Quiggin, 35, dirakam sedang menikmati burger dan minuman keras di sebuah premis.

Beberapa individu turut berborak dengan mereka dan tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Pasangan itu berkata mereka tidak berdepan sebarang masalah, malah kakitangan restoran juga sangat mesra.

Bagaimanapun, mereka menerima reaksi berbeza apabila foto kehadiran ke premis itu tular di media sosial.

Neil, dari Cheshire, yang bekerja dalam bidang ekonomi mengakui sedih apabila kedai tersebut turut menjadi mangsa kebencian orang ramai.

Untuk rekod, perbuatan berbogel di tempat awam dibenarkan di England selagi ia tidak melibatkan perbuatan seks atau mengganggu ketenteraman. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain