suria

Australia sekat jualan pil zakar gara-gara kesan sampingan berbahaya

Badan pemerhati kesihatan menyekat jualan pil itu yang mengandungi sildenafil.

BADAN pemerhati kesihatan awam Australia memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menggunakan pil 'Big Penis USA' selepas mendapati ia mengandungi sildenafil - ubat disfungsi erektil yang dijual di bawah jenama Viagra.

Pentadbiran Barangan Terapeutik (TGA) membuat pengumuman itu, memberi amaran kepada kaum Adam supaya mengelak daripada mengambil pil berkenaan.

"Tablet Big Penis USA menimbulkan risiko serius kepada kesihatan anda dan ia tidak boleh diamalkan.

"Tablet itu mengandungi bahan yang tidak diisytiharkan sildenafil. Ia mungkin berinteraksi dengan nitrat yang terdapat dalam beberapa ubat preskripsi dan mungkin menurunkan tekanan darah ke paras berbahaya," ujar TGA.

Sildenafil merupakan ubat preskripsi sahaja, digunakan untuk merawat disfungsi erektil.

Jika digabungkan dengan ubat preskripsi tertentu, dos itu boleh membawa maut, kata badan pemerhati kesihatan awam itu.

TGA turut bekerjasama dengan Pasukan Sempadan Australia (ABF) untuk menghentikan penghantaran pil tersebut ke negara berkenaan.

Pil itu tidak dijual di kedai-kedai di Australia, namun ramai lelaki negara itu membeli produk tersebut secara dalam talian.- WION.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain