suria

Tragis! Kerap dimaki, suami tergamak kerat isteri... Rebus tangan, bakar kaki

Seorang lelaki didakwa membunuh dengan membakar isterinya. gambar TribunMedan

SEORANG lelaki tergamak membunuh isterinya dengan mengerat, membakar dan merebus mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 12 November tahun lalu,

Dia dikatakan bertindakan sedemikian kerana berang sering dimaki.

Kejadian berlaku di Sumatera Utara, Indonesia.

Dalam keterangan mahkamah, tertuduh, Harapan Munthe didakwa merebus tangan isterinya, malah membakar kaki mangsa yang berusia 43 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bunuh isteri, kemudian buat drama! Sumbat bakso sampai kerongkong konon mati tersedak

Memetik laman web rasmi SIPP PN Tarutung, Harapan didapati melakukan jenayah bunuh dan mengakibatkan kecederaan.

Bagaimanapun, defendan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas perbuatannya kerana mengalami gangguan mental.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Harapan Munthe berdepan dengan pertuduhan di mana hukuman penjara seumur hidup jika sabit bersalah.

Tertuduh mempunyai sejarah penyakit mental pada 2004, dan disokong oleh rekod perubatan.

Susulan itu, panel hakim di Mahkamah Daerah Tarutung membebaskan Harapan daripada pertuduhan membunuh isterinya.

Pegawai Perhubungan Awam Mahkamah Daerah Tarutung, Natanael Sitanggang berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pertimbangan hakim berhubung keadaan mental tertuduh.

"Ia berdasarkan pertimbangan hakim terhadap keterangan perbicaraan, terutama keterangan pakar psikiatri, didapati ada gangguan mental dan sejarah menjadi pesakit di hospital mental," kata Nathanael kepada Kumparan, pada Khamis. - Kumparan

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain