BEBERAPA hari lalu tular tentang seorang wanita warga Indonesia, Asiah Shinta Dewi Hasibuan maut selepas terjatuh di ruangan bawah aci lif sebuah lapangan terbang. Tragedi yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku pada 24 April lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan, Indonesia. Susulan kejadian, abang mangsa, Raja Hasibuan membuat pendedahan bahawa mereka menerima wang pampasan berjumlah lima juta rupiah (RM1,500) oleh pihak lapangan terbang terlibat. Memetik laporan Kompas.com, Hasibuan berkata wakil pihak lapangan terbang datang ke rumah mereka bagi menyerahkan sumbangan terbabit. "Masa tu langsung tak berjumpa kami sebab dekat hospital untuk menguruskan proses autopsi arwah (Asiah)," ujar Hasibuan. Sementara itu menurut kenyataan peguam, Hotman Paris, wang pampasan itu diberikan adalah sebagai tanda hormat terhadap keluarga mangsa. Terdahulu, Asiah dilaporkan tidak pulang beberapa hari ke rumah mereka selepas menghantar anak saudaranya ke Lapangan Terbang Kualanamu. Gara-gara bimbang dengan perkara itu, keluarga Aisiah meminta kakitangan lapangan terbang untuk mencarinya selepas mereka terputus hubungan dan tidak menemuinya di terminal. Asiah kemudiannya ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ke ruangan bawah aci lif lapangan terbang tersebut. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube