TERBAIK! Tindakan seorang pemilik restoran barbeku Cina yang melutut di hadapan pelanggan dan memohon ampun kerana perlu beratur panjang untuk masuk ke dalam premisnya mengejutkan masyarakat di tanah besar China. Insiden pada 27 April lalu di Zibo, sebuah bandar di wilayah timur Shandong itu, berlaku disebabkan premisnya popular dengan masakan makanan barbeku. Ekoran itu, carian mengenai Zibo turut meningkat sehingga orang ramai memanggilnya 'ibu kota barbeku luar China'. Video perlakuannya dengan ungkapan 'saya mohon, tolong maafkan saya' kemudiannya tular di media sosial. Ia berikutan salah seorang pelanggan yang merupakan individu ke 201 membuat kacau dan memarahinya kerana tidak dibenarkan masuk ke premis. Menurut salah seorang pekerja di restoran tersebut, pelanggan terpaksa beratur panjang kerana mereka mempunyai kapasiti pengeluaran yang terhad dan hanya boleh melayani 200 orang setiap hari. "Bos dan kakitangan kami terlalu banyak bekerja dan hanya tidur selama empat jam sehari untuk memberikan servis yang terbaik demi memendekkan masa menunggu pelanggan," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube