suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya tiga hari... Pemuda 19 tahun berjaya ganda duit jual kereta lama

Kereta model lama yang dijual tiga kali ganda daripada harga belian.

SEORANG lelaki membeli sebuah kereta dengan harga RM2,243.25 (£400) di Facebook Marketplace sebelum menjualnya dengan harga tiga kali ganda.

Dia kemudian menggunakan media sosial untuk menunjukkan kepada pengikutnya tentang cara memperoleh lebih daripada RM5608.13 (£1,000) dengan menjual Vauxhall Corsa lama.

Sean Welsh dikatakan membeli Corsa Sxi merah yang mengalami masalah MOT dan beberapa mentol, penyerap hentak serta bilah pengelap.

Dia kemudian membelanjakan RM560.81 (£100) untuk membaiki dan membersihkannya dengan baik sebelum berjaya menjualnya dengan harga RM6729.75 (£1,200).

Bagaimanapun, penonton yang tidak mempercayainya mempersoalkan bagaimana Sean melakukannya tanpa insurans dan sebagainya.

Dia kemudian menjawab, jualan dilakukan dengan menggunakan aplikasi yang kebiasaannya menginsuranskan kereta selama tiga hari.

Malah tambahya yang baru berusia 19 tahun, tempoh tersebut cukup untuknya membuat jualan. - The Sun

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

jual kereta, kereta lama,

Artikel Lain