suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasi ditanak 7 jam, masih gagal dimasak! Orang kampung buat 'teori', mungkin disumpah jin

Nasi ditanak selama tujuh jam tetapi tidak berhasil untuk dimasak.

KEJADIAN janggal menyelubungi sebuah kampung di Indonesia apabila nasi yang ditanak selama tujuh jam tidak boleh dimasak.

Dalam satu video yang tular di TikTok, penduduk kampung menjadi panik dengan inisden yang seakan-akan tidak mampu dijelaskan dengan akal dan ilmu saintifik.

Menurut pemilik akaun TikTok @b_law_office, penduduk keliru apabila nasi kenduri yang dimasak dalam tiga periuk besar selama hampir sehari masih tidak masak walaupun api dinyalakan sudah besar.

Mereka telah mencuba pelbagai cara untuk memasak nasi tersebut seperti meletakkannya di atas dapur gas dan memasukkan air panas, tetapi tetap sahaja gagal.

Ada juga yang mendakwa penyebab kegagalan tersebut adalah daripada gangguan jin.

Disebabkan itu, seorang lelaki bernama Pak Yai Zainudin membantu mereka dengan menggunakan 'ikhtiar tradisional'.

Mujur akhirnya setelah ditanak semula selama sejam, nasi untuk dihidang ketika kenduri itu akhirnya telah masak.

Video itu mendapat perhatian netizen hingga ada yang mengesahkan bahawa perkara aneh itu turut pernah berlaku di tempat mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain