SEORANG ibu di Colombia yang mengalami kesakitan luar biasa selama 11 tahun terkejut apabila mendapati ada jarum dan benang di dalam badannya. María Aderlinda Forero sebelum ini menjalani pembedahan pada 2012, selepas melahirkan anak keempatnya. Wanita berusia 39 tahun itu yang berasal daripada Colombia menjalani prosedur supaya tiub falopio diikat agar dia tidak boleh hamil lagi. Tetapi jarum dan benang itu secara tidak sengaja tertinggal di dalam badannya selepas pembedahan berkenaan. Hanya beberapa hari selepas prosedur pengikatan tiub, María mula mengalami kesakitan yang perit dan ia beransur-ansur menjadi lebih teruk. Dia kemudian diberi ubah tahan sakit untuk membantunya mengatasi sakit itu. Tetapi kesakitan masih tidak berkurangan dan doktor akhirnya memberinya ubat penahan sakit yang lebih kuat María, yang tinggal di perkampungan luar bandar San Isidro, dekat Medellín berkata, kesakitan itu sangat kuat sehingga dia sering tidak dapat tidur atau bergerak. Keadaan itu mengubah hidupnya dan memaksa dia beberapa kali bertukar kerja. Dia terpaksa hidup dalam keadaan yang menyakitkan selama lebih sedekad sebelum punca masalah itu diketahui, baru-baru ini. - Mirror Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube