suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan biasa-biasa... Kain kafan tenun untuk jenazah bangsawan berharga RM220 semeter!

Kain kafan tenun yang kini dijadikan pelbagai produk seperti pakaian dan tudung. Foto: SuaraSulsel.id/Lorensia Clara Tambing

BUKAN sahaja digunakan untuk membalut jenazah, sebaliknya di daerah Jeneponto, Sulawesi Selatan, kain kafan tenun atau disebut Tope sudah dipelbagaikan untuk dijadikan produk oleh pengusaha.

Kain kafan berkenaan dijadikan pelbagai produk seperti pakaian, jubah, tudung, beg dan kipas.

Menurut seorang usahawan, Suryani, kain kafan tersebut diperbuat daripada kapas sebenar yang dipintal menjadi benang, seperti kain kasa.

Nilai bagi semeter kain kafan tersebut bernilai IDR 750 ribu (RM220).

"Orang di Jeneponto memanggil kain kafan ini atau bahasa tempatannya Tope. Proses penghasilannya mengambil masa dua bulan untuk satu pakaian, jadi mahal," katanya.

Sebelum ini, kain kafan tenunan ini digunakan untuk membaluti jenazah keturunan bangsawan.

Namun kerana harganya yang mahal, orang ramai beralih kepada kain putih biasa. - Suara.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain