suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penumpang wanita mabuk serang kru kabin, berang dihalang duduk di kelas perniagaan

Paola ditahan oleh polis Mumbai selepas pesawat mendarat di India.

SEORANG penumpang wanita yang menaiki pesawat dari Abu Dhabi ke India ditahan selepas didakwa menyerang kru syarikat penerbangan Vistara Airline, gara-gara berang kerana dihalang duduk di kelas perniagaan.

Difahamkan Paola Perruccio, 45, yang merupakan warga Itali, membeli tiket kelas ekonomi namun berkeras untuk duduk di kelas perniagaan.

Sewaktu penerbangan, dia cuba berpindah dari tempat duduk asalnya dan mahu duduk di kerusi kosong di kelas perniagaan.

Apabila diminta agar duduk semula di kelas ekonomi, Paola dengan tidak semena-mena menumbuk muka dan meludah ke arah kru kabin.

Selepas kekecohan tersebut, Paola yang didakwa mabuk ketika itu, menanggalkan pakaiannya dan mula mundar-mandir di dalam pesawat dalam keadaan separa bogel.

Akibat tindakannya yang agak tidak terkawal, kapten pesawat kemudian mengarahkan agar Paola diikat pada tempat duduk sehingga tiba di destinasi.

Selepas pesawat mendarat, Paola ditahan oleh polis Mumbai tetapi dibenarkan diikat jamin. - Nypost.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain