suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengawal keselamatan tikam majikan hingga mati gara-gara hilang sabar... Dakwa selalu dibuli, dipaksa kerja lebih masa

Sawat (berbaju hijau, kiri) mendakwa dia dibuli oleh majikannya sehingga mendorong dirinya membunuh lelaki tersebut.

SEORANG pengawal keselamatan bertindak nekad menikam majikannya sehingga mati kerana mendakwa dirinya dibuli dan dipaksa bekerja lebih masa.

Sawat Sriratchalao, 44, telah ditahan selepas dia menikam Arom Bunnan, 56, dengan menggunakan pisau berukuran 33 sentimeter (cm) di bahagian dada, dalam kejadian pada 1 Februari (Rabu).

"Saya sudah lama marah kepada bos saya. Kadang-kadang saya tidak dapat tidur kerana terlalu tertekan memikirkan mengenai dirinya," kata Sawat kepada pihak polis sejurus selepas penahanannya.

"Dia membuli saya dan selalu bercakap kasar dengan saya. Walaupun ketika saya sudah pulang ke rumah, kata-katanya tetap bermain di kepala saya," katanya lagi.

Kejadian tersebut turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan Arom seakan-akan sedang merayu serta memohon belas ihsan daripada Sawat ketika berada di tempat letak kereta di Lumpini Park.

Selepas menikam Arom, Sawat melarikan diri dengan menggunakan motosikal sementara mangsa pula rebah dalam keadaan berlumuran darah.

Arom dikejarkan ke hospital, namun meninggal dunia akibat cedera terkena tikaman di bahagian kiri dada.

Pihak polis berjaya mengesan dan menahan Sawat di rumahnya.

Dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah atas pertuduhan membunuh. - Metro.co.uk

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain