suria

Dulu pelajar senior buli gadis ini setiap hari di sekolah, akhirnya jadi suami

Lauren (kanan) jatuh cinta dengan pembulinya di sekolah, Lucas. foto Lauren Enslow / SWNS

SEORANG wanita berkahwin berkahwin dengan pembuli di sekolah menengahnya, walaupun lelaki itu mengusiknya setiap hari selama berbulan-bulan ketika mereka masih remaja.

Lauren Enslow, 20, jatuh cinta dengan Lucas Olsen, 21, selepas dia memaafkan pemuda itu yang membulinya setiap hari di sekolah ketika dia berusia 15 tahun.

Lauren pernah terlibat dalam kemalangan kereta pada November 2017, dan Lucas menghubunginya kerana prihatin.

Pemuda itu tidak lagi membulinya dan menjadi kawan sebelum bercinta pada Februari 2018.

Lama kelamaan hubungan mereka semakin kukuh dan Lucas melamarnya di puncak gunung pada Julai 2022.

Mereka mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun sama, tarikh yang sama mereka bertemu enam tahun lalu.

Lauren yang merupakan content creator dari Saratoga Springs, Amerika Syarikat (AS) berkata: "Memang lucu saya boleh memanggilnya pembuli dan kekasih di sekolah menengah.

“Saya dah maafkan dia. Saya masih akan mengusiknya kadang-kadang.

"Saya membencinya ketika itu, tetapi saya mula memaafkannya apabila dia mengambil berat selepas saya terbabit dalam kemalangan.

"Kami akhirnya membina perasaan antara satu sama lain.

"Ramai kata tidak boleh memaafkannya, tapi saya tak boleh hanya menghakimi sikapnya selama tiga bulan ketika berusia 16 tahun," katanya. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

pembuli, jodoh, cinta monyet, kahwin

Artikel Lain