suria

Saintis bangunkan robot terbang seperti ‘alien’ ganti lebah, siap ada GPS

Saintis membangunkan robot terbang untuk merevolusikan pertanian. foto Jianfeng Yang/Tampere Univ./SWNS

PASUKAN penyelidik sedang membangunkan robot kecil 'terbang' yang boleh terapung di atas angin dan dikawal oleh cahaya.

Dikenali sebagai projek Fairy, ia sedang dibangunkan oleh pasukan saintis dari Universiti Tampere di Finland dengan tujuan untuk merevolusikan pertanian.

Robot itu boleh digunakan bagi membantu membentuk debunga pada angin kepada tumbuhan yang memerlukannya, pada masa pendebunga seperti lebah, mati pada kadar yang sangat cepat akibat perubahan iklim.

Menurut kajian, kehilangan dalam pendebunga di seluruh dunia menyebabkan 500,000 kematian awal setahun, yang berpunca daripada hasil makanan sihat yang lebih rendah dan peningkatan kadar penyakit.

robot terbang 2

Robot kecil ini hanya seberat 1.2mg. foto Jianfeng Yang/Tampere Univ./SWNS

Robot yang mendapat tenaga cahaya itu dan seberat hanya 1.2 mg, diilhamkan daripada biji dandelion yang cantik dan juga boleh dipandu oleh cahaya ke kawasan tertentu dengan pokok menunggu pendebungaan.

Teknologi ini juga didatangkan dengan penjanaan cincin vorteks terpisah yang stabil, membolehkan perjalanan bantuan angin jarak jauh.

ARTIKEL BERKAITAN: NASA tangkap imej ukiran beruang di permukaan planet Marikh, ramai kata comel!

Kumpulan saintis memulakan projek Fairy pada September 2021, dan kini mahu memberi tumpuan untuk menjadikan robot itu dapat beroperasi dalam cahaya matahari.

Mereka juga ingin menambah baik struktur supaya ia boleh membawa peranti kecil termasuk pengimbas dan GPS.

Hao Zeng, pengarang utama kertas kerja yang diterbitkan oleh pasukan itu berkata, teknologi ini berpotensi untuk merevolusikan cara orang ramai mengusahakan makanan.

"Ini akan memberi impak besar kepada pertanian di seluruh dunia kerana kehilangan pendebunga akibat pemanasan global menjadi ancaman serius kepada biodiversiti dan pengeluaran makanan," katanya.

Beliau berkata, walaupun teknologi itu kini dalam peringkat pembuktian konsep, ia sudah pun membentuk untuk boleh digunakan pada masa depan.

"Penyelidikan kami menunjukkan bahawa robot yang kami bangunkan ini menyediakan satu langkah penting ke arah aplikasi realistik yang sesuai untuk pendebungaan buatan," tambahnya.

Projek Fairy akan terus menyaksikan pembangunan teknologi, sehingga sekurang-kurangnya 2026. - Daily Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube