suria

NASA tangkap imej ukiran beruang di permukaan planet Marikh, ramai kata comel!

Gugusan kawah dan gunung di planet Marikh ini menyerupai muka beruang. Foto: CNN

SEBUAH satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) yang mengorbit planet Marikh menangkap imej ukiran 'beruang comel' di permukaan planet tersebut.

Ia dirakam menerusi kamera berteknologi tinggi dikenali sebagai Kamera khas Eksperimen Sains Pengimejan Resolusi Tinggi (HiRISE).

Kamera itu pada Mars Reconnaissance Orbiter iaitu kapal angkasa yang terbabit dalam pencarian unsur air di Marikh.

Kapal angkasa terbabit mengelilingi Marikh sejak 2006 dan ia sebahagian daripada Misi Penerokaan Marikh, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat.

Mereka berkata, setiap satu daripada ciri dalam permukaan selebar 2,000 meter itu mempunyai penjelasan yang mungkin membayangkan betapa aktifnya permukaan planet itu.

"Terdapat bukit dengan struktur runtuh berbentuk V (menyerupai bentuk hidung), dua kawah (bentuk mata) dan corak patah bulat (bentuk kepala).

"Corak patah bulat mungkin disebabkan oleh mendapan deposit di atas hentaman kawah yang tertimbus.

"Mungkin hidungnya adalah lubang gunung berapi atau lumpur dan mendapan itu mungkin lava atau aliran lumpur?" katanya.

HiRISE adalah salah satu daripada enam instrumen di atas Orbiter, merakam gambar yang sangat terperinci mengenai Marikh.

Ia membantu usaha pemetaan permukaan untuk kemungkinan misi masa depan, sama ada oleh manusia atau robot. - CNN

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain