suria

Misteri tengkorak dalam kain sarung, pekerja jumpa ketika gali tanah di tapak projek perumahan

Pekerja binaan menemui satu tengkorak, tulang dan gigi di tapak pembinaan. -gambar hiasan

SEKUMPULAN pekerja binaan digemparkan dengan penemuan satu tengkorak ketika menggali tanah di sebuah tapak pembinaan perumahan.

Penemuan misteri itu berlaku di Kelurahan Beringin, Jambi Selatan di Kota Jambi di Sumatera, Indonesia.

Lebih mengerikan, tengkorak itu ditemui sekitar pukul 8.30 malam.

"Ya, pekerja binaan yang menggali, mereka jumpa kain sarung yang mengandungi tengkorak, tulang dan gigi," kata Rizki, seorang penduduk Kelurahan Beringin, pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri Rangka 'Alien' 6 Inci, Tengkorak Aneh Akhirnya Terjawab

Susulan penemuan itu, polis membawa kesemuanya ke hospital untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jambi Selatan, AKP Suhendry berkata, penemuan pekerja binaan itu tidak dapat disahkan sebagai manusia, kerana tengkoraknya kecil.

"Kita bergegas ke lokasi kejadian dan kemudian membawanya ke Hospital Jambi Bhayangkara,” jelasnya.

Namun, tapak itu sebelum ini membuat tempat pembuangan sampah.

Setakat ini, pihak polis belum mengesahkan sama ada ia adalah tulang manusia atau haiwan. - Kompas

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain