suria

Wanita Sweden sanggup terbang jauh ke India jumpa rakan FB, mahu kahwin selepas ‘dating’ di Taj Mahal

Christen dan Pawan berkahwin selepas berkenalan di Facebook.

SEORANG wanita warga Sweden sanggup menaiki penerbangan sejauh 6,000 kilometer ke India untuk bertemu jodohnya.

Wanita itu, Christen Liebert ke India untuk berkahwin dengan Pawan Kumar yang dikenalinya di Facebook.

Agensi berita ANI melaporkan bahawa pasangan itu berkahwin mengikut adat resam tempatan di sebuah sekolah di Etah, Uttar Pradesh, pada Jumaat lalu.

Kedua-dua mereka menjadi rakan Facebook pada 2012, dan berhubung melalui telefon dan panggilan video.

Persahabatan mereka lama-kelamaan bertukar menjadi cinta.

Pawan dilaporkan bertemu Christen di Agra, India setahun lalu.

Dalam kunjungan bersama ke Taj Mahal yang merupakan tumpuan pelancong di India, mereka kemudian memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.

Memetik laporan ANI, Christen berkata, dia menyukai India dan sangat gembira dengan perkahwinan tersebut. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain