suria

Warga emas kahwini menantu senyap-senyap... Kantoi selepas foto perkahwinan tular

Kailash mengahwini menantunya, Pooja secara senyap-senyap.

DALAM satu insiden yang agak 'luar biasa', seorang lelaki berusia 70 tahun baru-baru ini melangsungkan perkahwinan dengan bekas menantu perempuannya yang berusia 28 tahun.

Insiden itu dilaporkan berlaku di Kampung Chhapia Umaro, daerah Uttar Pradesh, India.

Kailash Yadav, kehilangan isterinya 12 tahun lalu dan anak ketiganya juga meninggal dunia tidak lama kemudian.

Kailash meminta menantunya, Pooja, berkahwin semula tetapi perkahwinan tersebut tidak kekal.

Pooja kemudian pulang semula ke rumah mendiang suaminya dan mula menetap bersama bekas mentuanya itu.

Kailash, tanpa memaklumkan sesiapa di kawasan kejiranan atau kampungnya, secara senyap-senyap mengahwini Pooja.

Hanya selepas gambar perkahwinan mereka menjadi tular, barulah orang kampung mengetahui mengenainya.

Pihak polis dari balai polis Barhalganj akan melakukan soal siasat berhubung perkahwinan berkenaan. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain