suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Komet hijau gergasi dijangka lintas Bumi selepas 50,000 tahun

Komet hijau 'Dirty Snowball' dianggar berukuran sekitar satu batu (1.6 kilometer).

SEBUTIR komet gergasi berwarna hijau dijangka terbang tepat melintasi Bumi pada malam 1 Februari.

Ia yang turut dikenali sebagai komet C/2022 E3 (ZTF) atau 'Dirty Snowball' mengorbit matahari sekali setiap 50,000 tahun.

Komet berkenaan akan kelihatan di langit malam dengan menggunakan teropong dan teleskop kecil, dan mungkin dapat dilihat dengan mata kasar di sudut paling gelap di Hemisfera Utara.

Masih belum dapat disahkan waktu yang tepat ia boleh dilihat melintasi Bumi.

Walaupun banyak komet telah melintasi langit sepanjang tahun lalu, namun 'Dirty Snowball' berlainan dengan komet sebelumnya.

"Yang ini nampaknya mungkin sedikit lebih besar dan oleh itu sedikit lebih cerah dan ia datang lebih dekat ke orbit Bumi," kata penjejak komet dan asteroid NASA, Paul Chodas.

Ia akan bergerak pada kelajuan relatif 128,500 mph dan ia dianggar berukuran sekitar satu batu (1.6 kilometer), dengan ekornya memanjang berjuta-juta batu. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain