suria

Berang diajak pulang ke rumah, wanita tergamak gigit lidah suami hingga putus

Pihak polis menahan wanita berkenaan kerana mencederakan suaminya. Gambar hiasan

GARA-GARA berang selepas dipujuk untuk pulang ke rumah, seorang isteri tergamak menggigit lidah suaminya sehingga lelaki itu terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menurut laporan, wanita bernama Salma bersama anak-anaknya telah tinggal di rumah ibunya di kawasan Lucknow, India, sejak beberapa lama.

Justeru suami Salma yang dikenali sebagai Munna, pergi ke rumah ibu mentuanya untuk menjemput isterinya itu pulang.

Bagaimanapun wanita tersebut enggan menurut kemahuan suaminya, menyebabkan pertengkaran tercetus antara pasangan tersebut.

Ketika berlakunya pertengkaran hebat itu, Salma bertindak menggigit lidah suaminya dengan kuat sehingga ia putus dna jatuh ke tanah.

Munna yang rebah akibat serangan tersebut segera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala Salma ditahan polis.

Menurut pihak polis, pasangan berkenaan kerap bertengkar sejak beberapa tahun lalu. - India.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain