suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pernah buat video cara besarkan zakar, YouTuber terkenal mati dalam keadaan telanjang

Algaz mati dalam keadaan separuh bogel di sebuah pangsapuri di Thailand.

SEORANG YouTuber Amerika yang terkenal dengan video "pembesaran zakar" ditemukan mati dalam keadaan separuh bogel di pangsapurinya.

Polis kini sedang menyiasat kematian misteri Laith Abdallah Algaz, 34, yang lebih dikenali sebagai Leo Rex dalam kalangan peminat.

Mayatnya ditemukan oleh polis di sebuah apartmen yang digeledah di Pattaya, Thailand pada 30 Januari, sekurang-kurangnya empat jam selepas kematiannya, lapor The Mirror.

Mayat lelaki itu hanya memakai baju hitam dan berbogel dari bahagian pinggang ke bawah, meniarap dan mengalami pendarahan mulut dan hidung.

Pegawai juga melaporkan lebam pada mata kiri Algaz serta pakaiannya berselerak di sekitar pangsapuri tersebut.

0_PAY-Police-probe-death-of-American-penis-enlargement-YouTuber-found-dead-in-ransacked-condo-in-Thailan (1)

Polis tiba di pangsapuri itu selepas empat jam mangsa meninggal dunia.

YouTuber kelahiran Colorado itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pegawai turut menemui beberapa ubat termasuk pil tidur, ganja, antidepresan, steroid dan tablet kecemasan.

"Kami akan menyoal siasat rakan mangsa, dan seorang wanita yang tinggal bersamanya sebelum dia meninggal dunia. Kami menggesa orang ramai supaya tidak membuat sebarang kesimpulan sehingga pemeriksaan lengkap dilakukan," kata Kapten Polis Sombat Kaewmulsuk.

Untuk rekod, Algaz sebelum ini meraih perhatian ramai selepas memuat naik viceo berkaitan dengan pembesaran zakar sehingga menerima hampir setengah juta tontonan. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain