suria

Acah-acah lagak ngeri... 14 lelaki naik 3 motosikal lakukan aksi berbahaya, sempat larikan diri

Sekumpulan lelaki menaiki tiga motosikal beramai-ramai.

INI bukan aksi lagak ngeri, namun tersebar gambar dan video memaparkan sekumpulan 14 lelaki menaiki tiga motosikal dalam keadaan berbahaya.

Kejadian berlaku di lebuh raya Bareilly-Nainital di India.

Klip video menunjukkan enam lelaki menaiki satu motosikal, manakala dua lagi motosikal masing-masing dinaiki empat orang.

Video yang dirakamkan pada Ahad lalu menjadi tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Rombongan keluarga! Lelaki angkut isteri, enam anak, dua anjing dan beg naik sebuah motosikal

Dilaporkan, terdapat polis turut menyaksikan kumpulan lelaki melakukan aksi tersebut, tetapi mereka sempat melarikan diri.

Polis kemudian melancarkan siasatan susulan penularan video.

"Tertuduh dikesan berdasarkan nombor plat motosikal dan tindakan akan diambil mengikut undang-undang.

"Sebaik maklumat diterima, kesemua motosikal dirampas. Tindakan selanjutnya sedang diambil," kata SSP Bareilly, Akhilesh Kumar Chaurasia. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain