suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu dan bayi usia 4 bulan maut kemalangan di jalan bersalji di Hokkaido

Kemalangan berlaku pada 10 Januari 2023.

SEORANG wanita warga Singapura berusia 41 tahun dan anak perempuannya berusia empat bulan maut dalam kemalangan di Hokkaido, Jepun, pada Selasa pagi.

Kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori besar di bandar ski Kamifurano, sekitar pukul 11.30 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Seorang maut dalam kemalangan libatkan 3 treler, 2 kenderaan di Slim River... Trafik sesak sampai pagi

Laporan berita di Jepun menyatakan bahawa kemalangan tersebut juga melibatkan suami wanita itu, berusia 44 tahun dan anak sulung berumur tiga tahun, yang turut cedera dalam nahas itu.

Polis di Hokkaido melaporkan bahawa kedua-dua yang cedera berada dalam keadaan stabil. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain