suria

Kencing di tepi penumpang wanita dalam pesawat, ahli perniagaan dipecat kerja

Shankar Mishra ialah seorang pekerja kanan di Wells Fargo.

SEORANG ahli perniagaan yang terkemuka diberhentikan kerja oleh majikannya selepas dia didakwa melakukan kesalahan terhadap seorang wanita ketika dalam penerbangan.

Shankar Mishra, naib presiden operasi syarikat perkhidmatan kewangan Wells Fargo yang beroperasi di India difahamkan dalam keadaan mabuk ketika membuang air kecil pada seorang wanita berusia 72 tahun ketika dalam perjalanan dari New York ke Deli.

Wakil undang-undang Mishra berkata dia dan wanita yang tidak dikenali itu difahamkan telah mencapai penyelesaian kewangan selepas itu cuba juga untuk membersihkan pakaian dan begnya yang kotor.

Insiden itu berlaku dalam penerbangan Air India.

Bagaimanapun, walaupun demikian, wanita itu memfailkan aduan dengan syarikat penerbangan itu dan memulangkan wang diterima kepada Mishra.

Dilaporkan bahawa dia meminta kakitangan supaya Mishra dijauhkan daripadanya dan dia ditangkap.

Kedua-duanya difahamkan kemudiannya diletakkan di tempat duduk kru berdekatan antara satu sama lain.

Kemudian, dia akhirnya sedar dan meminta wanita itu untuk tidak melaporkannya dan dia bersetuju untuk tidak didakwa dan ditangkap.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingatkan seorang, rupanya 13 lagi wanita jadi mangsa lelaki kencing dalam botol

Lokasi Mishra pada masa ini tidak diketahui dan polis di Dehli kini sedang mencari ahli perniagaan tersebut.

“Air India mengambil serius mengenai insiden yang telah berlaku.

“Kelakuan lelaki itu tidak boleh diterima dan tidak bermaruah dalam penerbangan New York ke Delhi yang menyebabkan kesusahan yang melampau kepada penumpang lain.

“Aduan polis telah pun dibuat dan Air India komited untuk membantu agensi penguatkuasaan undang-undang serta pihak berkuasa kawal selia,” ujar jurucakap Air India. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain