suria

Demi kajian sains, pasangan saintis berhubungan seks dalam mesin MRI... bantu fahami sistem reproduktif manusia

Pasangan berhubungan seks dalam mesin MRI untuk bantu kajian sains. -Gambar hiasan

WALAUPUN dianggap mengaibkan oleh orang ramai, pasangan saintis ini berkorban di atas nama sains.

Pasangan lelaki dan wanita itu yang juga merupakan seorang pengkaji berhubungan intim dalam mesin pengimejan resonan magnetik (MRI) untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas tentang sistem reproduktif manusia.

Hasil pengimejan tersebut mendedahkan zakar boleh membengkok menyerupai 'boomerang' dengan sudut 45 darjah ketika berada di dalam faraj wanita dan tidak hanya kekal menegak seperti biasa.

Pasangan tersebut yang berasal daripada Belanda, Ida Sabelis dan teman lelakinya, Jupp melakukan persetubuhan di dalam mesin MRI untuk membantu kajian saintis Menko Victor ‘Pek’ van Andel.

Penemuan tersebut yang lengkap dengan gambar imbasan menjadi asas kepada kajian sains yang lebih mendalam mengenai keadaan sistem reproduktif manusia ketika hubungan seks sedang berlangsung.

Penemuan menunjukkan zakar boleh membengkok sehingga menyerupai sebuah 'boomerang'. -Gambar hiasan

Dua penemuan yang berjaya diperoleh dari 'adegan berani' tersebut adalah faraj wanita sebenarnya bukan sebuah saluran yang lurus dan zakar lelaki boleh membengkok untuk mengikuti alur faraj wanita.

Lebih mengejutkan apabila zakar lelaki boleh membengkok tanpa menyebabkan kesakitan kepada tuan empunya badan.

Penemuan itu membantu memberikan keterangan baharu tentang hubungan seks di antara lelaki dan wanita.

Ia bukannya berlaku secara menegak seperti yang difahami selama ini tetapi sebenarnya secara membengkok.

Penemuan yang dibuat dari adegan seks mesin MRI di antara Ida dan Jupp telah diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Britain.

Insiden seks di dalam mesin MRI itu difahamkan berlaku pada tahun 1991 dan lengkap diterbitkan dalam jurnal perubatan pada tahun 1999. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain